fbpx

Tadbir urus hal ehwal Islam akan diperkukuhkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyambut ketibaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang hadir mencemar duli ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan juga memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

“Patik yakin dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Hasrat itu disuarakan Anwar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.

Mesyuarat itu telah dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang hadir mencemar duli.

Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan Sultan Selangor terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

Jelas Anwar lagi, Kerajaan Perpaduan akan terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia agar ia lebih inklusif.

Tambahnya, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI