fbpx

Op Khas Motosikal cekup suspek jenayah pelbagai kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA remaja yang ditahan kerana melanggar peraturan jalan raya di kawasan polis Padang Besar di sini baru-baru ini.

PADANG BESAR – Pelbagai kes jenayah berjaya dikesan dalam Op Khas Motosikal Bersepadu termasuk penahanan suspek kes rogol, dadah, penyeludupan petrol dan lain-lain.

Op Khas Motosikal Bersepadu itu dijalankan selama dua hari bermula 25 Ogos hingga 26 Ogos oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, operasi khas yang turut disertai pelbagai bahagian lain IPD itu menumpukan kesalahan motosikal yang melanggar peraturan jalan raya.

“Operasi khas ini juga dijalankan untuk mengesan salah laku dan pada masa sama mengesan suspek dikehendaki bagi kes jenayah sekaligus dapat melakukan pencegahan di kawasan Padang Besar.

“Sebanyak 470 buah kenderaan diperiksa melibatkan 400 individu dan 204 saman baharu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ubahsuai struktur kenderaan, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan tidak ikut spesifikasi dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua kesalahan itu dilakukan individu lingkungan usia 15 hingga 21 tahun.

Menurut Mohd. Shokri, dalam operasi selama dua hari itu juga, polis Padang Besar turut berjaya menahan beberapa suspek kes dadah di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita juga berjaya menahan suspek penyeludupan petrol di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, suspek dikehendaki kes rogol (Seksyen 376 Kanun Keseksaan) dan turut menyita kenderaan kerana melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Padang Besar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” jelasnya lagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI