fbpx

Notis tular KPPA disiasat pihak berkuasa bermotif serangan peribadi – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menyifatkan penyebaran berita palsu berhubung dakwaan kononnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkaply Mohamed sedang disiasat pihak berkuasa bermotifkan serangan peribadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini 10 saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kenyataan palsu berkenaan menjurus kepada serangan peribadi. Pada 21 Ogos, akaun media sosial palsu bernama Harapan Malaysia menyebarkan tohmahan ini.

“Kami juga terkesan satu lagi hantaran di Facebook bernama Sahabat Anwar Ibrahim. Setakat ini kita masih menyiasat untuk kenal pasti pemilik akaun palsu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media kononnya sedang menyiasat KPPA.

Menurut SPRM, kenyataan yang tular dalam media sosial itu adalah palsu dan bertujuan mengelirukan orang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI