fbpx

Lagi pendaki sesat dalam hutan Taman Negara P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mangsa yang tersesat dengan menaiki bot ke Taman Negara Pulau Pinang, petang tadi.

TELUK BAHANG – Seorang pemuda ditemui dalam keadaan cedera pada kaki selepas dilaporkan tersesat kira-kira sejam ketika melakukan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Mangsa berbangsa Cina berusia 23 tahun itu dijumpai oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang pada pukul 6.46 petang.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.28 petang dan tiba lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, mangsa pada awalnya tidak dapat dihubungi kerana berdepan masalah rangkaian di lokasi dan kerja-kerja mencari dan menyelamat turut melibatkan kerjasama pihak Taman Negara.

“Pada pukul 6.46 petang tadi, anggota penyelamat berjaya menjumpai mangsa di antara Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM) ke Monkey Beach.

“Mangsa mengalami kecederaan kecil pada bahagian kaki namun berada dalam keadaan selamat. Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Taman Negara dengan menaiki bot,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap memberitahu lagi, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Taman Negara untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI