fbpx

Jauhkan diri bukan sebab benci, tapi sudah cukup kecewa – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA memilih untuk mengecilkan 'circle' persahabatan demi menjaga ketenangan dan keamanan hidup.

PETALING JAYA – Pelakon Fazura memilih untuk menjauhkan diri daripada kesibukan dunia demi mendapat nikmat ketenangan hidup selari dengan usia yang semakin bertambah.

Fazura, 40, atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, menjauhkan diri bukan bermakna membenci namun sebaliknya, demi menghargai harga diri sendiri.

“Menjauhkan diri itu bukan kerana benci, tapi kerana sudah cukup kecewa di hati.

“Semoga kita sentiasa bijak menghargai, sepertimana kita mahu dihargai,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #protectingmypeace (menjaga ketenangan diri) dalam sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat yang bersetuju dengan kenyataan dilontarkan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

“Betul sungguh. Kadang-kadang kawan-kawan terlalu toksik dan jatuhkan kita buat diri perlahan-lahan menjauhkan diri.

“Kecilkan circle (lingkungan) kawan dan fokus kepada keluarga lagi bagus.

“Bila orang khianati kita memang sakit. Dan, bila orang tidak hargai, kita juga (yang) sakit,” demikian antara komen yang ditinggalkan peminat.

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan kontroversi ‘putus kawan’ melibatkan pelakon Nad Zainal dengan beberapa rakan artis lain seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI