fbpx

[VIDEO] Wan Azizah terharu Siti dendang lagu khas buatnya dalam Kepci Music Fest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza ketika mendendangkan lagu Menjaga Cintamu dan aksi Wan Azizah menghadiahkan 'flying kiss' buat penyanyi nombor satu negara itu.

PETALING JAYA – Lantunan vokal penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berjaya memukau penonton pada konsert Kepci Music Fest 2023 di Shah Alam semalam.

Lebih istimewa, Siti Nurhaliza turut mendendangkan sebuah lagu secara acapella khas yang ditujukan khas buat isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang bertajuk Menjaga Cintamu.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, walaupun hanya beberapa bait lirik lagu Menjaga Cintamu itu didendangkan, namun ia cukup menyentuh perasaan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dan juga hadirin.

Jelas Siti Nurhaliza, lagu tersebut ditujukan khas buat Wan Azizah kerana beliau adalah insan sangat istimewa.

Kelihatan isteri Perdana Menteri sangat terharu dan sempat melontarkan ‘flying kiss’ kepada Siti Nurhaliza sejurus selesai beliau mendendangkan lagu terbabit.

Tambah Siti Nurhaliza, lagu itu juga tujukan kepada semua wanita kerana wanita adalah insan istimewa.

Turut hadir pada konsert tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi dan komen yang memuji lantunan vokal Siti Nurhaliza dan bagi mereka lagu itu amat tepat ditujukan kepada Wan Azizah.

“Terima kasih Dato’ Siti, membuat para-para suami isteri mesti dihargai dan baru dicintai,” tulis @Pak chad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Pendekaputeri.

“Sedih dengar siti nyanyi tunjuk pulak muka Wan Azizah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@m.s.zone Menjaga Cintamu acapella di konsert KEPCI Music Fest khas buat isteri PMX merdu meleleh! #fypシ #sitinurhaliza #masukberandafyp #kepcimusicfest ♬ original sound – ꪑᦓ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI