fbpx

Shoraka Suyula diberi status Malaysia Digital oleh MDEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johar (dua dari kanan) menerima status Malaysia Digital di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Shoraka Suyula Platform Sdn. Bhd. (SSP), sebuah entiti fintech tempatan, telah diberikan status Malaysia Digital oleh  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Pengiktirafan penting ini diumumkan semasa Persidangan Ekonomi Digital Islam MD Pemangkin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengasas Bersama Shoraka Digital, Johar Amat berkata, status ini diterima kerana kejayaan platform tersebut  menjadi platform penyelesaian inovatif yang berpotensi untuk berkembang secara global dalam landskap ekonomi Ekonomi Digital Islam.

Produk unik Re-Rahnu yang pertama seumpamanya di dunia, diurus niaga di Platform Suyula yang merupakan pasaran digital yang secara tidak langsung memudahkan akses lancar dan cekap kepada pembiayaan kecemasan jangka pendek untuk segmen masyarakat yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.

“SSP telah memanfaatkan potensi industri Ar-Rahnu untuk menangani keperluan kewangan mereka yang sering diabaikan oleh perkhidmatan kewangan tradisional.

“Sejak penubuhannya, SSP telah mengumpul pelbagai pencapaian yang luar biasa,
mengukuhkan kedudukannya sebagai penggerak industri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Tambah Johar, pengiktirafan ini membuka ruang bagi perluasan antarabangsa, dengan memberi manfaat daripada peluang padanan perniagaan, geran eksport, latihan, kemudahan pembiayaan dan lain-lain.”

Beliau menjelaskan, pengiktirafan ini menekankan keupayaan penyelesaian fintech
inovatif dalam menggalakkan inklusiviti kewangan.

SSP terus komited dalam membawa perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif inovatifnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI