fbpx

Beri Anwar lebih masa bangun ekonomi negara – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM (kanan) bertitah agar Anwar diberi lebih masa untuk membangunkan ekonomi negara.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi lebih masa untuk membangunkan ekonomi negara.

Memetik laporan akhbar berbahasa Mandarin, Sultan Ibrahim bertitah, ia berikutan masalah krisis kewangan yang didepani oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ketika ini amat mencabar.

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.

Dalam perkembangan yang sama, Johor mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI