fbpx

Peragut patah kaki ‘kena sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peragut itu dilihat terbaring di atas jalan raya selepas mengalami patah kaki. - Instagram

JAKARTA – Seorang peragut di Indonesia mengalami patah kaki akibat kemalangan ketika melarikan diri selepas mencuri telefon, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @merekamjakarta. 

Peragut itu bersama rakannya pada awalnya dikatakan telah melarikan sebuah telefon milik seorang pelancong warga asing di tepi jalan pada Ahad lalu.

Motosikal dinaiki dua peragut itu kemudian dilanggar oleh pemandu sebuah kereta yang berusaha mengejar mereka.

Berdasarkan video tersebut, salah seorang peragut dilihat meraung kesakitan selepas dirempuh di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta Pusat.

Ketika menunggu polis dan ambulans tiba, orang ramai yang mengerumuni suspek kelihatan memberi nasihat kepadanya.

“Kasihanlah kepada orang tua,” kata salah seorang pengguna jalan raya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kakinya bengkok,” komen seorang netizen.

“Karma is real,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI