fbpx

NGO Empire Project pasangkan lampu solar di perkampungan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGO Empire Project pasangkan lampu solar di perkampungan Orang Asli

PETALING JAYA – Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) memberi sumbangan berupa lampu solar untuk kegunaan penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Titom dan Semoi Lama di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Pengasas Empire Project, Mohd. Ashraff Khan Md. Najib berkata, sumbangan menerusi program “Lights Of Hope 2.0” itu disertai seramai 16 sukarelawan dari Setapak, Kuala Lumpur.

“Agenda utama program adalah memasang serta menyerahkan lampu solar di dua penempatan Orang Asli di Pos Titom dan Pos Semoi Lama.

“Empire Project mendapat sokongan dan kerjasama warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Titom dalam menyemarakkan lagi program solar kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Ashraff berkata, Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut turut menyampaikan sumbangan sebanyak 130 bag sekolah serta 90 beg makanan kepada pelajar SK Titom menerusi program itu.

Tambah beliau, Empire Project turut mewujudkan Gerobok Rezeki Edisi Sekolah SK Titom bagi membantu masyarakat Orang Asli di perkampungan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI