fbpx

Kain rentang taktik kotor kelirukan pengundi – Nur Jazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada kain rentang mendakwa ahli UMNO Bahagian Pulai menolak calon PH dalam PRK Parlimen itu dinaikkan di kawasan Perling dan Kempas, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan terdapat penolakan dalam kalangan ahli parti itu terhadap calon kerajaan perpaduan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Beliau membuat penafian itu selepas satu kain rentang dinaikkan pihak tidak dikenali mendakwa sebagai ahli parti peringkat cawangan yang menolak pencalonan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat mula tular di media sosial.

“Ini merupakan satu taktik kotor yang dibuat pihak-pihak tertentu dengan hasrat untuk mengelirukan pengundi dan juga ahli-ahli UMNO Bahagian Pulai kerana kita sedang berdepan PRK.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian, saya berikan jaminan kepada PH dan Suhaizan sendiri iaitu kami akan terus menyokong calon kerajaan perpaduan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Pulai ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Sejak semalam, beberapa kain rentang bertulisan ‘Kami cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon Pakatan Harapan’ dikesan dinaikkan di sekitar Perling dan Kempas, di sini.

Tambah Nur Jazlan yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sekiranya benar kain rentang itu dilakukan ahli UMNO peringkat akar umbi, beliau pasti akan mengetahuinya.

“Kalau betul ia dilakukan ahli UMNO Bahagian Pulai sendiri, lebih baik mereka terus ke depan dan suarakan perkara tersebut. Sebaliknya tindakan memasang kain rentang dan menularkan gambar di media sosial hanya menunjukkan mereka mempunyai niat tidak baik,” jelasnya lanjut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI