fbpx

Wanita ditumbuk kerana joging pakai seluar pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditumbuk oleh seorang lelaki kerana memakai seluar pendek semasa berjoging di Nakhabino baru-baru ini. - Women's Fitness

MOSCOW – Seorang wanita di Nakhabino, Russia mendakwa dia ditumbuk di muka oleh seorang lelaki kerana memakai pakaian tidak sopan ketika berjoging, lapor laman berita RT semalam.  

Menurut laman berita Pravda, penyerang tersebut tidak menyukai seluar pendek yang dipakai mangsa kerana didakwa terlalu singkat.

Dalam kejadian itu, penyerang dilaporkan memegang tangan mangsa dan bertanya mengapa dia berlari dan berpakaian sedemikian.

Tanpa menunggu jawapan daripada wanita itu, penyerang berkenaan terus menumbuk mukanya dengan kuat.

Wanita itu menegaskan kepada RT bahawa dia tidak memakai pakaian ‘provokatif’ dan hanya memakai baju-T dan seluar pendek ketika berjoging.

Penyerang tersebut dikatakan terus mengejarnya tetapi mangsa sempat merakam gambarnya menerusi telefon bimbit.

Seorang pejalan kaki kemudian bertindak campur tangan dan cuba menjelaskan kepada lelaki itu bahawa gadis tersebut hanya keluar berjoging.

Penyerang berkenaan kemudian menyatakan bahawa kaum wanita tidak boleh bersukan sebelum bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Pegawai penguat kuasa undang-undang berkata, suspek telah pun ditahan manakala beberapa laporan media tempatan menyebut lelaki tersebut sebagai warga Tajikistan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI