fbpx

Gantung lesen jika tidak patuh Akta Kawalan Padi dan Beras 1994

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mana-mana golongan pengeluar, pemborong dan peruncit yang dilaporkan gagal mematuhi peraturan mengenai harga dan bekalan benih padi sah dalam pasaran menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) boleh digantung lesen.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan berkata, ini kerana, pihaknya memandang serius isu-isu berbangkit mengenai harga dan bekalan benih padi sah di pasaran.

Katanya, bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan.

“Ianya mempunyai mekanisma kawalan pengeluaran dan pemasaran benih padi sah sepertimana termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih yang berkuatkuasa 11 November 2021.

“Pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota diberikan dan harga dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan,” katanya tadi.

Menurut kenyataan itu, harga jualan benih ditetapan ialah RM31 per kampit 20 kilogram (kg) di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit 20kg termasuk pengangkutan.

“Bagi jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20kg.

“Kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan jika gagal melaksana arahan itu,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI