fbpx

Inisiatif Sime Darby Swedish Auto, KPGCC, Volvo bawa pengalaman unik menaiki VE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeffrey Gan (kiri) meraikan kerjasama antara Sime Darby Swedish Auto, KPGCC dan juga Volvo dalam membawa pengalaman unik berhubung VE di Kota Kemuning baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Swedish Auto telah memeterai kerjasama  dengan Kota Permai Golf Country Club (KPGCC) dan juga dengan Volvo Car Malaysia sebagai penaja kereta rasmi untuk inisiatif syarikat membawakan pengalaman menaiki kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Melalui kerjasama tersebut, ahli KPGCC akan dapat memanfaatkan penggunaan infrastruktur pengecas EV dan mengembangkan kemudahan kenderaan tersebut selaras dengan matlamat kelestarian Volvo dalam usahanya menawarkan rangkaian kenderaan elektrik penuh menjelang 2030 dan menjadi pengeluar kereta neutral iklim menjelang 2040.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, dua unit stesen pengecas 22kW AC percuma akan ditempatkan secara strategik di KPGCC selain daripada peragaan model-model Volvo yang terkini.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, kerjasama dengan KPGCC ini juga akan membolehkan pihaknya  memanfaatkan peluang baharu untuk mengembangkan perjalanan elektrifikasi menerusi Volvo Retail Experience atau Pengalaman Runcit.

“Dengan penambahan sokongan stesen pengecas yang mudah, kami yakin inisiatif ini boleh mengubah persepsi sambil meningkatkan tahap penggunaan EV di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Pengarah KPGCC, Tang Meng Loon menerangkan, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Sime Darby Swedish Auto dan Volvo Car Malaysia dalam usaha memupuk budaya EV menerusi pengaturan eksklusif bagi ahli-ahlinya.

“Kereta Volvo yang terkenal kerana kelestarian dengan pemanduan selamatnya akan memudahkan lagi untuk jenama tersebut menjadi pilihan penaja jenama kereta rasmi KPGCC. Tidak disangkal lagi, pengalaman ini pasti membawa manfaat kepada semua,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI