fbpx

10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah jawatan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan Wisma Negeri yang terletak di Seremban. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan (Exco) yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu akan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada pukul 9 pagi.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan, selepas istiadat tersebut Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan yang pertama bagi penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 akan diadakan di Wisma Negeri di sini.

Bagaimanapun, pembahagian Exco mengikut parti dan portfolio masih belum diketahui setakat ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 17 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi di negeri ini.

Barisan Nasional (BN) pula menang di 14 buah kerusi, sekali gus gabungan kerjasama kedua-dua parti itu menjadikan 31 kerusi yang membentuk Kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI