fbpx

Thaksin Shinawatra pulang ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaksin disambut ratusan penyokong selepas mendarat di lapangan terbang Don Mueang pagi tadi. - AFP

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pulang ke negara itu pada hari ini selepas lebih 15 tahun dalam buangan, lapor akhbar The Guardian.

Thaksin yang pulang bersama tiga anaknya melambai kepada pengamal media selepas pesawat dinaikinya mendarat di lapangan terbang Don Muang pagi tadi.

Beliau disambut sekumpulan penyokong yang berdiri di sebalik pagar lapangan terbang dengan sorakan ‘Kami Sayang Thaksin’.

Menurut polis, Thaksin ditahan sejurus selepas beliau tiba di Bangkok dan akan terus dibawa ke Mahkamah Agung untuk perbicaraan, sebelum dihantar ke penjara.

Thaksin telah digulingkan oleh rampasan kuasa tentera pada 2006 dan hidup dalam buangan untuk mengelak pertuduhan undang-undang yang menurutnya bermotifkan politik, termasuk satu sabitan in absentia (tanpa kehadiran tertuduh) kerana rasuah.

Beliau tiba beberapa jam sebelum undian Parlimen yang penting untuk memutuskan sama ada calon yang dikemukakan Parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, boleh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI