fbpx

Shah Rukh Khan dicop gagal didik anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN bersama keluarganya.

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan kembali menjadi sorotan dan topik hangat perbincangan netizen India sebaik gambar bersantai seisi keluarga di tepi pantai tular dalam media sosial.

Biarpun gambar percutian luar negara itu bukan dikongsikan bintang terbabit, perkara berkenaan dijadikan bahan kutukan ramai.

Bukan disebabkan sikap sombong atau kelakuan tidak bermoral, sebaliknya kecaman menjurus kepada pemakaian dua anak pelakon itu, Suhana dan Aryan.

Puteri dan puteranya yang sudah meningkat dewasa itu memilih baju mandi yang mendedahkan tubuh sehingga didakwa mencemarkan budaya masyarakat.

Shah Rukh dan isterinya, Gauri dicop sebagai ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak sehingga mereka bebas berbuat apa saja.

Begitupun, segelintir peminat tidak melihat berbikini sebagai isu kerana itu persalinan sesuai ketika berenang atau berada di pantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI