fbpx

Kristian Tung buru dua rekod lama kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNG (dua dari kiri) berazam untuk memecahkan dua rekod kebangsaan yang sudah lama bertahan. - INSTAGRAM KRISTIAN TUNG

ATLET olahraga dalam pembikinan negara, Kristian Tung tidak pernah terdetik dalam dirinya mahu mewakili Great Britain, sebaliknya sentiasa menantikan peluang berlari atas nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Tung, 18, mengambil peperiksaan A-Level di sekolah berasrama penuh di England sejak berusia 16 tahun dan bakal menyambung pengajian Ijazah Matematik dan Sains di Universiti Loughborough.

Namanya kini semakin dikenali selepas mencipta masa terpantas tahun ini dalam kalangan atlet negara untuk acara 3,000 meter (m), lapan minit 37.64 saat (s) dan 5,000m (15:00.69s).

“Saya berlatih bersungguh-sungguh dan selepas Covid-19, saya ambil keputusan untuk bersekolah di sini (England) kerana impian mahu mewakili Malaysia.

“Sebelum ini saya berlatih sendiri, tetapi sekarang mendapat peluang untuk menyertai jurulatih terkenal di sini. Saya amat berharap dapat memadam rekod kebangsaan bagi acara 3,000m dan 5,000m tahun depan.

“Sudah tentu saya mengimpikan peluang untuk mewakili Malaysia. Buat masa ini saya adalah pelari keenam terpantas di Asia Tenggara dan harapnya terpilih ke Sukan SEA 2025 (di Thailand),” katanya.

Jika terus mendapat pendedahan di Great Britain, tidak mustahil atlet dari Kuala Lumpur itu mampu memecahkan rekod 3,000m kebangsaan berusia 38 tahun, 8:27.00s dilakukan M. Sivalingam di London pada 1985.

Satu lagi rekod lama kebangsaan menjadi buruan Tung adalah 5,000m yang kini berusia 29 tahun milik legenda olahraga, M. Ramachandran menerusi catatan 14:06.84s dilakukan di Troisdorf, Jerman pada 1994.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI