fbpx

KKM siasat punca kes batuk kokol di Rompin – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik Perkhidmatan Kesihatan dan Kebombaan antara KKM dan KPKT di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca wabak pertussis atau batuk kokol membabitkan tiga individu dalam sebuah keluarga yang berlaku di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan penemuan awal, punca wabak itu berkemungkinan bermula dari ibu kepada keluarga berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Yang itu kita tengah siasat punca daripada keluarga yang mendapat sakit batuk kokol, (berdasarkan) penemuan awal mungkin ia bermula dari ibunya tapi itu pun kita kena buat siasatan lanjut.

“Kes yang berlaku di Rompin itu hanya (membabitkan) tiga kes dan ia dalam kawalan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Sesi Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan di sini hari ini.

Pada Sabtu, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan batuk kokol dikesan di Kampung Bahagia, Rompin.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin melaporkan kes berkenaan baru-baru ini, yang melibatkan satu keluarga iaitu seorang ibu serta dua anaknya dan keadaan adalah terkawal.

Beliau berkata, semua pesakit telah diberi rawatan dan berada dalam keadaan stabil, manakala PKD Rompin meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan di persekitaran kawasan tempat tinggal pesakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI