fbpx

Cakra Khan gagal ke semi final AGT2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cakra Khan gagal mara ke peringkat separuh akhir AGT2023.

PENYANYI Indonesia, Cakra Khan mendedahkan tidak dapat mara ke pusingan separuh akhir program pencarian bakat, America’s Got Talent 2023 (AGT2023).

Biarpun impian membawa nama Indoensia lebur di tengah jalan, penghibur yang turut mencipta nama di Malaysia itu tidak menganggap perkara tersebut sebagai kegagalan.

Sebaliknya, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 31, yang berkongsi berita terbabit  dalam akaun X menjadikan pengalaman dalam pertandingan nyanyian terbesar sebagai penguat semangat.

“Lihat di Instagram AGT2023, nampaknya nama saya tidak masuk dalam senarai peserta. Maafkan saya.

“Mungkin saya harus melakukan lebih banyak latihan. Teruskan mara ke hadapan,” tulisnya ringkas.

Pelantun lagu Kepada Hati itu turut mengajak peminatnya memberi sokongan padu kepada seorang lagi wakil Indonesia, Putri Ariani.

“Sekarang sama-sama kita beri sokongan kepada Putri Ariani,” luahnya merujuk kepada gadis yang meraih ‘golden buzzer’.

Dalam ruangan komen rata-rata pengikutnya menzahirkan penghargaan terhadap keberaniannya menyertai AGT musim ke-18 itu.

Malah ramai meninggalkan kata- kata semangat susulan dalam ciapan terdahulu ada seorang pelayar memperkecilkan kemampuannya menyertai pertandingan tersebut.

“Anda sangat membanggakan. Tetap semangat ya Cakra Khan, jangan gentar,” tulis seorang netizen.

Pada Julai lalu persembahannya memukau keempat-empat juri termasuk ketua juri AGT, Simon Cowell, selain meraih tepukan gemuruh penonton.

Cakra menyanyikan lagu No Woman No Cry yang dipopularkan Bob Marley menggantikan lagu Make It Rain yang disampaikan sebelum dihentikan Cowell pada tengah persembahan.

Daripada persembahan tersebut dia diberikan empat ‘yes’.

Pusingan seterusnya program yang meraih perhatian global itu bakal dilangsungkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI