fbpx

Peszta platform terbaik raikan Hari Kemerdekaan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pameran yang diadakan bersempena Peszta mendapat sambutan baik daripada pengunjung tahun lalu.

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. bakal meraikan Perayaan Muzik, Seni dan Warisan (Peszta) hari Sabtu ini  di Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Majlis yang akan diadakan berhampiran presint Merdeka 118 itu adalah kerjasama penganjuran antara Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Lim Yee Hoh bagi menghidupkan semangat Merdeka.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Tengku Datuk  Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, Peszta adalah platform yang terbaik untuk meraikan Hari Merdeka ke-66 yang akan datang. 

“Dalam kita bersiap sedia untuk pembukaan Merdeka 118, adalah lebih penting untuk kita menyokong dan memperkasakan komuniti di sekitar ini bagi mempamerkan dan mempertahankan warisan tempatan. 

“Berdasarkan kejayaan Peszta pada tahun lalu, kami bertekad untuk mengadakan perayaan Kemerdekaan yang lebih bermakna lagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ab Aziz menjelaskan, pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari sejarah dan budaya negara dengan lebih mendalam. Merdeka 118 Stories Room bakal memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai semangat Merdeka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

Selain itu, terletak di atas bumbung The Zhongshan Building, pengunjung juga dapat menghayati Merdeka 118 Memories dengan berlatarbelakangkan menara tersebut. 

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai bengkel kebudayaan yang menawarkan pengalaman langsung dalam membuat Hiasan Kepala Mak Yong atau turut serta dalam bengkel Penapaian Makanan. 

Pengunjung juga boleh merasai sentuhan moden dan tradisional di bengkel Masakan Kampung Vegan, di mana pengunjung akan mempelajari cara-cara menggantikan bahan-bahan mesra vegan dalam hidangan tradisional.

 

Penggemar makanan turut berpeluang untuk merasai pelbagai juadah istimewa yang akan tersedia di festival ini. Vendor makanan dari seluruh Malaysia bakal menyediakan pelbagai juadah yang pastinya dapat memenuhi cita rasa semua.

Tambah beliau, antara vendor yang akan menyertai Peszta adalah penerima Program Geran Komuniti Merdeka 118 dari kawasan kejiranan berhampiran, ini termasuklah penerima geran IIIUM dengan kerjasama Perumahan Awam Seri Sarawak bagi projek Pemeliharaan Lebah Tanpa Sengat Pintar, yang akan mempamerkan dan menjual produk berasaskan madu lebah kelulut seperti sabun dan madu. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI