fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Naim Fawwaz selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohamad Naim Fawwaz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, hari ini.

KAJANG – Jenazah Allahyarham Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, 35, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Islam Sungai Kantan, di sini, hari ini.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang dengan diiringi hujan renyai dan cuaca mendung.

Lebih 100 orang terdiri daripada rakan-rakan, penduduk setempat dan ahli keluarga hadir ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Suasana sedih turut menyelubungi di kawasan tanah perkuburan sebaik sahaja tiba van jenazah di lokasi pengebumian

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mohamad Naim antara mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Arwah turut meninggalkan seorang isteri dan orang tiga anak berusia lingkungan lapan hingga dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI