fbpx

Lelaki berlari dalam keadaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian seorang lelaki berlari ketika badannya dijilat api berlaku di Leasowe Avenue, Leeds semalam. - Foto Manchester Evening News

LONDON  – Penduduk setempat mendengar jeritan seram ketika seorang lelaki berlari ke jalanan sambil tubuhnya dijilat api dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Leeds, lapor  akhbar  Daily Star semalam.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat West Yorkshire berkata: “Saya boleh mengesahkan kami menerima panggilan sejurus selepas  pukul 2.15 petang (waktu tempatan semalam) bahawa terdapat mangsa terbakar di Leasowe Avenue di Leeds.”

“Kami menghantar kru dari Balai Bomba Leeds dan sejurus tiba, api telah dipadamkan.Kami memberi  sokongan kepada Perkhidmatan Ambulans Yorkshire yang merawat mangsa.

“Dia telah dipindahkan ke hospital.

“Keadaan lelaki itu belum diketahui tetapi kecederaannya disifatkan sebagai serius,” tambahnya.

Polis West Yorkshire dan Perkhidmatan Ambulans West Yorkshire juga telah dihubungi tetapi belum mengulas lanjut kejadian tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI