fbpx

Nahas Elmina: Kerajaan Persekutuan sumbang RM10,000 kepada keluarga Muhamad Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Salleh Othman, 57, tidak dapat menahan sebak ketika jenazah anaknya, Allahyarham Muhamad Hafiz dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

SUNGAI PETANI – Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga arwah di Kuala Lumpur dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada bapa mangsa, Muhamad Salleh Othman, 57.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.

“Hari ini, saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI