fbpx

Nahas Elmina: Pesawat hanya ada rakaman suara kokpit, CVR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi bangkai pesawat hangus terbakar selepas terhempas di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Seri Razarudin Husain mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, semalam, hanya mempunyai satu komponen kotak hitam iaitu, rakaman suara kokpit (CVR).

Susulan pengesahan berkenaan, operasi mencari kini difahamkan hampir selesai dan dijangka bakal ditamatkan tengah hari ini.

“Hasil daripada siasatan, pesawat ringan ini hanya ada rakaman suara kokpit.

“Kita menjumpai komponen kotak hitam ini di sekitar bangkai pesawat kira-kira pukul 10.20 malam semalam,” katanya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.

Seramai 10 mangsa terkorban dalam nahas tersebut yang berlaku kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI