fbpx

Nahas Elmina: Liang lahad sudah ada, cuma tunggu pengesahan waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liang lahad sudah tersedia untuk arwah Heikal Aras cuma menanti pengesahan daripada ahli keluarga.

SEPANG – Badan khairat kematian, kariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, di sini, sudah bersedia sejak awal pagi tadi selepas dimaklumkan insiden membabitkan salah seorang kariahnya dalam nahas Elmina, petang semalam.

Difahamkan, liang lahad dan segala kelengkapan pengebumian untuk Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim, 45, sudah tersedia sejak awal pagi tadi, namun masih menunggu pengesahan daripada waris arwah.

Arwah adalah salah seorang juruterbang dan mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu.

Penyelia pusara Taman Raudhatuljannah, kariah Masjid Jamiurrahmah berkata, dia menerima arahan daripada pengerusi badan khairat pada pukul 3 pagi tadi dan mengarahkannya untuk membuat persiapan.

Katanya, segala kelengkapan seperti papan, liang lahad dan peralatan lain sudah disediakan untuk proses pengebumian itu.

“Saya diarahkan pengerusi awal pagi tadi dan bersedia dengan segala peralatan. Kalau ada berita kami terus siapkan liang lahad.

“Cuma ketika ini, ahli keluarga belum tampil untuk membuat pengesahan pengebumian di sini,” katanya, ketika ditemui di sini pagi tadi.

Tinjauan di rumah arwah di Kampung Limau Manis turut mendapati, waris dan ahli keluarga mula berkumpul sejak pagi tadi.

Kesemua mereka kini menantikan perkembangan proses pengecaman arwah yang kini sedang berjalan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI