fbpx

Nahas Elmina: Satu kehilangan besar buat negeri Pahang – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (kiri) dan allahyarham Johari Harun.

KUANTAN – Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Shah Alam hari ini merupakan satu kehilangan besar buat negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat negeri ini.

“Dengan penuh kesedihan dan dukacita saya telah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Johari Harun, ​Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas sebuah pesawat ringan di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya beliau berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin.

Tambahnya beliau berharap orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI