fbpx

Umur 51 tahun, Arjun Rampal tayang tubuh kekar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUN RAMPAL

SUDAH mencecah usia 51 tahun, namun tubuh sasa aktor sensasi Arjun Rampal seakan-akan tidak menunjukkan dia sudah melepasi separuh abad.

Bapa kepada tiga anak itu mempamerkan transformasi bentuk badannya yang sasa dalam laman sosial baru-baru ini.

Arjun mengakui mengikuti rejim senaman dan diet ketat semata-mata ingin memenuhi tuntutan watak dalam filem baharunya, Crakk.

Perubahan menakjubkan itu nyata mengundang pujian ramai khususnya peminat wanita yang tidak putus-putus meninggalkan komen dalam Instagramnya.

Crakk adalah sebuah filem aksi yang sekali lagi bakal menguji kekuatan dan kemampuan fizikal serta mental Arjun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI