fbpx

Hujan lebat di 8 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk di lapan buah negeri malam ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman).

“Di Pahang, hujan lebat lebih tertumpu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Selain itu, hujan lebat juga diramal di Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut laporan sama, cuaca buruk juga diramal berlaku di Kuching (Kuching), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song), Sarawak.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI