fbpx

Sanusi buka lembaran baharu hubungan dengan Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ditemani isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan ibu bapa beliau pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga berharap segala urusan dilakukan mengikut prosedur kerajaan, dengan tidak menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk ‘menghukum’ rakyat negeri ini.

“Saya sudah bersedia untuk lembaran baharu. Kalau mereka (kerajaan Pusat) bersedia, Alhamdulillah tetapi kalau mereka masih menyimpan di dalam hati, tak tahu lah.

“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan lah. Hal-hal hati mana boleh bawa masuk dalam itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau berkata, kepimpinan Kerajaan Persekutuan perlu memberikan tumpuan yang sama kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.

“Tak kan pilihan rakyat nak dimarah pula kan, menghukum rakyat Kedah kerana rakyat pilih PN, mana boleh macam itu, ini demokrasi.

“Duduk dalam politik berpuluh-puluh tahun dah tapi demokrasi tak faham, tak boleh begitu, kena faham demokrasi. Rakyat buat pilihan kemudian kita hukum dia, kena ingat dosa pahala sama,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI