fbpx

Barisan Exco Negeri Sembilan dibentuk dalam minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin pada sidang akhbar selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Seri Menanti, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

KUALA PILAH – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baharu akan dilantik dalam masa terdekat sekurang-kurangnya dalam minggu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perbincangan berkenaan akan dimulakan esok termasuk perkara berkaitan pembahagian jawatan mengikut parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pihaknya juga menyerahkan kepada parti masing-masing untuk melantik sama ada muka baharu atau lama yang akan dicadangkan bagi memegang jawatan sebagai Exco di negeri ini.

“Pastikan saya perlu gandingan baharu dan lama bagi memastikan kelangsungan penerusan tugasan-tugasan dan berdasarkan perlembagaan kita, jumlah Exco yang dilantin adalah dari empat hingga maksimum 10 orang.

“Saya cuba yang terbaik, secepat mungkin. Kalau tak ada halangan dan mendapat kelulusan di peringkat pucuk pimpinan parti masing-masing. Di peringkat parti masing-masing harus berbincang, bersetuju supaya tidak ada perkara-perkara (timbul) kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.

Jelas Aminuddin lagi, beliau akan melantik maksimum 10 wakil rakyat sebagai Exco bagi portfolio tertentu dan setiap Exco hanya mendapat elaun sebagai Exco tanpa mengira berapa banyak portfolio yang dipertanggungjawab.

“Bilangan Exco tu kita tak boleh tambah sebab dalam perlembagaan maksimum 10 orang. 10 ke 20 portfolio, elaun dia sama,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai desas-desus kemungkinan akan melantik Timbalan Menteri Besar, beliau menegaskan perkara itu belum pernah diperbincangkan.

Sementara itu, bagi lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN), beliau menyatakan pihak berkenaan perlu memikirkan bagaimana mahu membantu rakyat di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI