fbpx

[VIDEO] PRN: Petugas SPR berlari, bawa pengundi naik motor saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gelagat pengundi saat akhir semalam.

PETALING JAYA – Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlari, membawa pengundi menaiki motosikal dan membantu menolak kerusi roda adalah antara kerjasama baik yang diberikan mereka untuk memudahkan proses membuang undi pemilih sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Menerusi tinjauan Kosmo! di lokasi juga ramai pengundi dilihat hadir ke tempat mengundi pada saat-saat akhir sekitar pukul 5.30 petang sebelum saluran ditutup pada pukul 6 petang.

Antara alasan mereka adalah bekerja, mempunyai urusan keluarga, tertidur dan terpaksa berpatah balik gara-gara tertinggal kad pengenalan diri.

Bagaimanapun, di beberapa platform media sosial seperti TikTok dan Facebook, ramai pengguna berkongsi momen memaparkan tindakan cekap petugas SPR yang membantu mempermudahkan urusan para pengundi.

Pengguna TikTok @aleeya abd semalam memuat naik video memaparkan seorang petugas SPR membawa seorang pengundi menaiki motosikal kerana hanya berbaki dua minit sebelum proses undi dititup.

Selain itu, pengguna Facebook, Asyura turut berkongsi situasi seolah-olah seperti larian berganti-ganti antara pengundi dan petugas SPR.

“Dah macam larian 4×100 meter. Dari jauh petugas SPR sambut kad pengenalan pengundi untuk semak, lepas itu berlari terus ke saluran ‘pas’ semula ke pengundi, memang ‘last’ minit betul PRN kali ini,” kongsinya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pantas petugas SPR serta orang ramai yang tetap turun mengundi meskipun memilih di saat-saat akhir.

“Terbaik nampak kesungguhan para petugas membantu,” puji Wawa.

“Saya tadi 15 minit terakhir nak keluar simpang jalan pun amboi kereta motor banyak sangat risau tak sempat nak pergi undi. Alhamdulillah sampai lagi 10 minit pagar nak tutup, petugas semua membantu dari pagar dah sambut mudahkan urusan. Terbaik” kongsi Anis. – KOSMO! ONLINE

@tiktokaleeyaaj 2 minit terakhir #dunsungairamal barukeluarhospital #demamdenggi #prn6negeri ♬ The Final Countdown – Europe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI