fbpx

Menteri Besar Negeri Sembilan angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin ketika sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Foto: SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN- Menteri Besar Negeri Sembilan akan mengangkat sumpah esok di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah petang esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun kepada media di sini hari ini.

“Siapa yang jadi Menteri Besar kita tunggu esok. InsyaAllah semua akan selesai dalam minggu ini,” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Beliau sebelum itu mengulas berkenaan peratusan keluar mengundi yang rendah berkata, mungkin faktor Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berlangsung sekali.

“Itu antara faktor yang memeranjatkan apabila ramai tidak keluar mengundi semalam. Respon mereka yang balik dari luar amat baik pada malam sebelumnya tetapi semalam cukup tenang.

“Saya pun hairan apa yang berlaku di pusat-pusat pengundian cukup tenang dan apa yang kita lihat di kawasan perumahan tidak banyak pergerakan daripada penduduk. Ini antara yang kita tidak tahu apa punca mereka tidak keluar mengundi

“Mungkin mereka telah mengundi pada pru lepas dan pengajaran daripada ini mungkin kita kena pastikan bahawa selepas ini PRU dan PRN boleh disekalikan bagi memberikan satu kemudahan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI