fbpx

Sindiket pelacuran pramugari diserbu, bayar RM13,000 untuk langgan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
My Vanh disoal siasat di balai polis selepas serbuan itu. - VnExpress/Nhat Vy

HANOI, Vietnam – Polis menumpaskan sindiket pelacuran melibatkan sebilangan pramugari syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan seks di Vietnam, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Beberapa lelaki dan wanita diiring keluar dari sebuah hotel mewah di Bandar Raya Ho Chi Minh selepas serbuan petang Rabu lalu.

Kru penerbangan yang terlibat dilaporkan mengenakan bayaran 71.28 juta dong (RM13,761) semalam untuk khidmat seks. Seorang wanita berusia 26 tahun yang dituduh menjadi ‘ibu ayam’  turut ditahan dalam serbuan itu. 

Sindiket itu terbongkar selepas ketuanya yang merupakan kakitangan Vietnam Airlines, Vo Thi My Vanh menghantar beberapa gambar wanita kepada pelanggan.

My Hanh ditangkap kerana disyaki terlibat dalam sindiket pelacuran yang menyalahi undang-undang di Vietnam selain menguruskan perkhidmatan seks.

Polis mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 30 wanita terlibat dalam perniagaan itu dengan kebanyakan mereka ialah kru kabin syarikat penerbangan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI