fbpx

PRN: Terima kasih beri peluang rasai demokrasi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amrue (dua depan) bersama pengundi muda yang lain di pusat mengundi SK Seksyen 7 Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor memberikan peluang kepada golongan muda menunaikan tanggungjawab buat kali pertama sebagai pengundi.

Rata-rata mereka berasa teruja dan gementar apabila umur mereka telah mencapai 18 tahun pada tahun ini.

Seorang pengundi muda, Amrue Azman berkata, dia hadir sendiri ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7 di sini bagi merasai pengalaman mengundi buat kali pertama.

“Ini merupakan hari bersejarah kerana ini kali pertama saya mengundi. Rasa lega dengan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Harap pemimpin yang terpilih sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik akan dapat terus kebajikan terutama kepada golongan muda,” katanya selepas pengundian tersebut.

Bagi Nur Irdina Batrisyia Noor Azli,18, tidak menyangka proses mengundi di sini sangat lancar dan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk melengkapkan proses ini.

“Terima kasih kerajaan kerana meluluskan pindaan usia kelayakan mengundi 18 tahun bagi membolehkan saya merasai proses demokrasi negara,” jelasnya.

Pusat mengundi di SK Seksyen 7 menyediakan 15 saluran pengundian dengan jumlah pengundi muda yang rata-ratanya adalah kali pertama adalah seramai 690 orang.

Sementara itu, penyandang yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Kota Anggerik, Najwan Halimi dan isterinya, Syahira Razak selesai menunaikan di tanggungjawab di SK Seksyen 7 kira-kira pukul 9 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI