fbpx

PRN: Orang muda di Kedah teruja mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi muda beratur untuk membuang undi di di SMK Taman Ria di Sungai Petani, pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Pengundi muda dilihat bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka apabila memenuhi pusat mengundi di daerah Kuala Muda pada pagi ini.

Tinjauan mendapati walaupun pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi, namun sebahagian besar daripada mereka datang lebih awal untuk membuang undi.

Riak wajah masing-masing jelas kelihatan mereka tidak sabar untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.

Seorang pengundi muda, Muhammad Izman Hussin, 22, berkata, dia sememangnya teruja untuk mengundi pada hari ini kerana ‘tidak puas’ selepas berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kemeriahan pada PRU15 lalu tidak dirasai sepenuhnya kerana ketika itu hanya kerusi Parlimen sahaja di pertandingkan.

“Pilihan Raya Negeri (PRN15) ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia melengkapkan proses memilih wakil rakyat peringkat negeri pula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pengundi muda, Muhammad Aimaduddin Fitri Othman, 23, berkata, sejak malam tadi dia dan beberapa rakannya berbincang untuk keluar mengundi awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria.

“Teruja untuk mengundi kerana ingin memberi isyarat jelas bahawa kami anak muda juga mempunyai kuasa menentukan hala tuju negeri ini.

“Biarlah pilihan kami pada PRN kali ini mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan barisan kepimpinan negeri yang tahu menjaga kebajikan dan memahami aspirasi anak muda,” katanya.

Bagi Muhammad Hazim Shahir, 23,dia tidak sabar untuk keluar mengundi awal hari ini kerana ingin segera melepaskan tekanan bagi memilih calon pilihannya menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI