fbpx

PRN: Amirudin harap undi orang Melayu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SELAYANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berharap peratusan undi dalam kalangan masyarakat Melayu meningkat sekali gus dapat membantu Pakatan Harapan – Barisan Nasional memperoleh 40 hingga 41 kerusi.

Beliau berkata, pihaknya optimis 70 ke 80 peratus PH-BN sekurang-kurangnya dapat membentuk sesebuah kerajaan.

“Kita berdoa pada Allah, kita dah berusaha 13 hari berkempen dan hari ini satu hari yang menentukan masa depan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di SJK (C) Selayang Baru, di sini hari ini.

Amirudin turut menyeru orang ramai untuk keluar mengundi seawal yang mungkin kerana bimbang cuaca di sebelah petang tidak begitu baik.

“Saya nak seru kepada semua… Negeri Selangor nampaknya sudah mula ramai, kena ambil kesempatan untuk turun mengundi kerana kita bimbang pada sebelah petang cuaca tidak mengizinkan seperti hujan dan sebagainya.

“Jadi, kena ambil kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab dan memberikan peluang kepada anda untuk memutuskan pertadbiran negeri dalam tempoh lima tahun akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, Amirudin tiba di pusat mengundi berkenaan dengan menunggang motosikal bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI