fbpx

PRN: Abdul Hadi selesai membuang undi di SK Rusila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat kekal selepas selesai mengundi di SK Rusila, Marang hari ini.

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini sebentar tadi.

Ahli Parlimen Marang itu tiba di pusat mengundi itu pada pukul 8.17 pagi dan selesai membuang undi kira-kira sembilan minit kemudian.

Sebanyak lapan saluran telah dibuka di pusat mengundi tersebut bagi memudahkan proses pengundian 4,651 pengundi berdaftar.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan calon Pakatan Harapan, Suhaimi Sulaiman.

Ahmad Samsuri yang merupakan Naib Presiden Pas merupakan Menteri Besar Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI