fbpx

Kanak-kanak lelaki 11 tahun lemas di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN perubatan memeriksa kanak-kanak lelaki yang ditemukan di Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil, Sayong Lembah, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan mati lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil, Sayong Lembah di sini hari ini.

Mayat Muhammad Miqaell Qabillah Azhar dijumpai pada pukul 7.55 malam oleh orang awam kira-kira 10 meter dari tebing sungai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 7.46 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mandi bersama seorang rakan di bawah jambatan tersebut pada pukul 5 petang sebelum dia dilihat tenggelam di dalam sungai

“Orang kampung yang cuba mencari mangsa dengan menyelam di dalam sungai telah menemui kanak-kanak itu di lokasi sama dia tenggelam iaitu kira-kira 10 meter dari tebing sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang dibawa naik ke tebing telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 8.14 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI