fbpx

Syukur sel kanser belum sampai otak – Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEF WAN

PETALING JAYA – Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa syukur sel kanser limfoma yang dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.

Katanya, khabar baik itu dimaklumkan selepas menjalani rawatan kemoterapi pertama kelmarin.

“Saya menjalani rawatan kemoterapi pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma cuba menyerang otak.

“Prosedur itu sangat cepat, cuma 15 minit. Selepas itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa.  Sedikit pening-pening.

“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Personaliti kulinaripopular berusia 65 tahun itu turut menyatakan sangat waspada selain mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan.

Situasi tersebut katanya perlu diikuti supaya tidak memberi kesan terhadap organ dalaman.

“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk mengelakkan kesan sampingan serta menjaga organ dalaman saya,” kongsinya.

Minggu lalu, Chef Wan mengesahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).

Begitupun, doktor memaklumkan peluangnya untuk sembuh sangat besar iaitu antara 70 hingga 80 peratus.

Doktor kini memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu bagi menyempurnakan 13 kitaran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI