fbpx

Geng Lan aktif curi kabel tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahsmon menunjukkan gelung kabel serta peralatan yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD Kuching, hari ini.

KUCHING – Seorang bekas kontraktor Telekomunikasi Malaysia (TM) bersama-sama dua lagi rakannya ditangkap kerana menjalankan kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kesemua ahli Geng Lan berumur 19 hingga 26 tahun itu dicekup oleh pasukan Counter Aggresive Team (CAT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Gita di kawasan rumah kedai di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim dan Jalan Setia Raja, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi, 3 Ogos lalu.

“Dengan tertumpasnya Geng Lan ini yang aktif mencuri kabel sejak tiga bulan lalu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan 18 kes melibatkan kecurian kabel,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Superintendan Merbin Lisa.

Beliau menambah kesemua suspek turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta memiliki 10 rekod jenayah dadah dan dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini sedang memburu seorang lagi ahli Geng Lan itu yang dikenali sebagai Gege masih bebas dan disenaraikan sebagai individu dikehendaki.

Sementara, Ahsmon berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki iaitu pengurus kedai barangan lusuh di kawasan Jalan Setia Raja kerana dipercayai membeli kabel daripada suspek.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya merampas sebuah kenderaan Proton Saga, sebuah motosikal, sehelai baju berkolar berwarna jingga biru berlogo TM, segelung kabel berukuran lebih kurang 5.92 meter, pemotong kabel, tali penarik kabel, spanar yang diubah suai, empat keping resit jual beli serta peralatan-peralatan lain yang digunakan untuk mencuri kabel.

Katanya, nilai rampasan berkenaan dianggarkan sebanyak RM40,000 dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM200,000.

Ahsmon berkata, permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Kuching pada 4 Ogos lalu dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI