fbpx

Lelaki gila talak serang kekasih bekas isteri guna kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Gara-gara cemburu, seorang lelaki parah akibat ditetak bekas suami teman wanitanya dalam kejadian di kawasan terbuka berhampiran bulatan Menara Kinabalu, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa berusia 37 tahun dicederakan dengan menggunakan kapak sehingga mengalami luka pada muka, tangan dan kaki hingga ibu jari kaki kanan hampir putus.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa dan teman wanitanya yang berusia 30 tahun sedang makan di dalam kereta di kawasan terbabit.

“Tiga lelaki termasuk suspek iaitu bekas suami teman wanitanya kemudiannya menghampiri mangsa sebelum bertindak menyerang lelaki itu menggunakan sebilah kapak.

“Mangsa ditetak di dalam kereta berkali-kali oleh bekas suami teman wanitanya hingga cedera di muka, tangan serta kaki. Pasagan itu menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alam Mesra,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis memburu dua individu terbabit kes tetak seorang lelaki dalam kejadian menggunakan kapak di kawasan terbuka berhampiran bulatan Menara Kinabalu kelmarin.

Difahamkan wanita itu berkahwin adat kampung dengan suspek pada tahun 2015 dan mereka bercerai sebulan lalu. Wanita itu mengenali mangsa sejak enam bulan sebelum menjalinkan hubungan kekasih sejak dua minggu lalu.

Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan manakala teman wanitanya tidak cedera.

Mohd. Zaidi memaklumkan motif serangan dipercayai kerana cemburu dan kes disiasat mengikuti Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Polis kini mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes berkenaan. Mereka ialah Winhal Jalali, 37, bekas suami kepada teman wanita mangsa. Dua lagi individu ialah Abdel Jalali, 27, dan seorang lagi belum dikenal pasti iaitu rakannya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI