fbpx

QR Prih@tinJkmMelaka terima lebih 4,000 aduan termasuk kes dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (kiri) melihat Yaakup mencuba kerusi roda baharu yang diterimanya daripada JKM negeri di Merlimau, Melaka.

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menerima sebanyak 4,121 aduan termasuk kes penderaan kanak-kanak menerusi kod QR Prih@tinJkmMelaka yang dilancarkan sejak 2 Mei lalu.

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, hampir 99 peratus daripada aduan tersebut telahpun diselesaikan melalui respons oleh pasukan pengendali dalam tempoh ditetapkan selama tujuh hari.

Jelasnya, mengikut pecahan sebanyak 2,330 aduan melibatkan kes Kelulusan Bantuan Kewangan, kes penderaan kanak-kanak (192 kes), kanak-kanak terlibat akhlak (103 kes), taska tidak berdaftar (42 kes) dan Klien Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) 232 kes.

“Sebahagian daripada aduan dibuat melibatkan permohonan bantuan seperti keperluan kerusi roda dan katil khas, manakala selebihnya adalah bimbingan bagi maklumat di bawah seliaan JKM serta aduan keprihatinan rakyat termasuklah isu dera.

“Kita juga merekodkan aduan di bawah Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) sebanyak 415 kes, kes di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (16 kes), orang papa (24 kes) dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling 719 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada pesara kerajaan, Yaakup Ibrahim, 71, yang lumpuh separuh badan di Merlimau di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai aduan kes penderaan beliau memberitahu, kebanyakan laporan tersebut tidak melibat kejadian serius dan setakat ini hanya 12 kes telah direkodkan sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu.

“Berbanding tahun lalu 88 kes sehingga Ogos, memang banyak penurunannya dan kss-kes yang berlaku pada tahun ini memang dalam pengetahuan kita, namun sebahagiannya bukanlah kes serius.

“Aduan-aduan dibuat di QR Prih@tinJkmMelaka ini lebih kepada keprihatinan dan kebimbangan masyarakat, ada situasi di mana anak itu hanya dipukul sedikit atau dirotan, ini tidak dikategorikan sebagai penderaan,”katanya.

Zulkifli berkata, saluran aduan itu merupakan inisiatif JKM Melaka dan kod QR pertama dijana untuk masyarakat demi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan tepat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI