fbpx

Lima lagi kes strok haba berlaku di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lima lagi kes strok haba dan kelesuan haba disebabkan cuaca panas direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, penambahan kes itu menjadikan keseluruhan 10 kes strok haba dan kelesuan haba berlaku di negeri ini sejak bulan April lalu.

“Kes terakhir berlaku pada 8 Mei lalu dan mangsa telah menerima rawatan di klinik kesihatan. Lima kes strok haba dan kelesuan haba terbaharu ini kebanyakannya melibatkan buruh binaan dan pekerja ladang yang banyak terdedah dengan cuaca panas,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kasemani berkata, kesemua mereka telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah sebahagian mereka mendapatkan rawatan di hospital antara satu dan dua hari.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami gejala pening, loya dan muntah agar mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengelakkan implikasi kesihatan yang lebih teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI