fbpx

Polis buru lelaki guna payung samun butik produk kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR suspek yang dirakam CCTV selepas menyamun sebuah butik produk kecantikan di Batu Gajah semalam.

IPOH – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjatakan payung dalam kejadian di sebuah butik produk kecantikan di Batu Gajah semalam.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 39 tahun bersama seorang pekerja wanita berada dalam premis sebelum seorang lelaki tidak dikenali menerpa masuk sambil memberi ugutan.

Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek disyaki warga tempatan dengan ketinggian sederhana dan berbadan kurus itu memakai topi keledar berwarna hitam dan visor gelap.

Katanya, suspek juga menggunakan payung bagi menakutkan mangsa.

“Suspek telah melarikan wang tunai dan barangan kemas milik penjaga premis dengan anggaran kerugian sebanyak RM7,000.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek. Ketika kejadian, suspek memakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar panjang hitam serta berkasut putih,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 atau bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322/05-3629050,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI