fbpx

Pelajar sekolah dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Seorang remaja yang menumpang motosikal untuk pulang ke rumah menempuh detik hitam apabila dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Telok Panglima Garang di sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pukul 2 pagi, 29 Julai lalu itu melibatkan mangsa berusia 15 tahun yang masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati pada hari kejadian sepupu mangsa meminta bantuan rakannya untuk menghantar pulang remaja itu ke Klang dari Telok Panglima Garang.

“Bagaimanapun, rakan sepupu mangsa hadir dengan menaiki motosikal dan membawa remaja berkenaan ke tempat lain iaitu sebuah rumah.

“Mangsa seterusnya diperkosa secara bergilir-gilir oleh lima suspek termasuk rakan sepupunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada pukul 8.23 pagi keesokan hari dan menahan lima suspek berusia 15 hingga 23 tahun.

“Dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah. Ujian air kencing mendapati mereka bebas mengambil barang terlarang. Kesemua suspek ditahan reman selama lapan hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI