fbpx

Ducati dilema pilih Zarco, Bezzecchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO (kiri) dan Bezzecchi menampilkan aksi cemerlang musim ini sehinggakan Ducati sukar memilih pelumba buat pasukan itu musim depan. – AFP

LONDON – Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti bakal menamatkan segala spekulasi mengenai perpindahan dua pelumbanya, Johann Zarco dan Marco Bezzecchi kerana mendedahkan pasukannya akan membuat keputusan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Austria yang berlangsung pada 20 Ogos ini nanti.

Ketika ini, Ducati dalam dilema untuk mengatur tempat buat kedua-dua pelumba tersebut selepas masing-masing bersaing dengan cukup baik pada perlumbaan musim ini.

Ducati juga mahu memastikan pelumba VR46 kekal bersama Ducati selepas bimbang pelumba berusia 24 tahun itu yang kini melakar dua kemenangan GP berpotensi untuk menyertai ­pasukan Yamaha pada 2025.

Lebih membimbangkan pelumba Perancis, Zarco juga dikaitkan akan menyertai LCR Honda selepas Alex Rins membuat keputusan untuk menyertai pasukan kilang Yamaha pada musim depan.

“Saat ini kita mempunyai Francesco Bagnaia dan Enea Bastianini dalam pasukan Ducati. Sementara itu, Jorge Martin dan Bezzecchi, yang semuanya telah menakluki kemenangan pada perlumbaan 2022 atau 2023.

“Ketika ini anda perlu menetapkan perkara yang paling utama dan umur adalah salah satunya. Bezzecchi masih muda, ini adalah tahun keduanya pada MotoGP, tetapi dia sentiasa berada di barisan hadapan.

“Dia (Bezzecchi) telah membuat beberapa evolusi progresif sebagai seorang pelumba. Itulah sebabnya dia berhak untuk memikirnya tempatnya sebelum kita memikirkan tentang pelumba seperti Zarco mahupun Morbidelli atau mana-mana pelumba lain.

“Jika Bezzecchi tidak bersama Ducati sekarang, dia mungkin pergi ke Yamaha pada 2025 bersama pasukan VR46,” kata ­Ciabatti.

Ducati bercadang untuk meletakkan pelumba VR46, Bezzecchi bersama pasukan Pramac Racing pada musim 2024 untuk menggantikan tempat Zarco dan sekiranya Bezzecchi enggan, pelumba berusia 24 tahun itu boleh kekal bersama pasukan Valentino Rossi tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI