fbpx

Rindu Shuib genap 2 tahun pemergian Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAWAK Shuib berkongsi rasa rindu terhadap isteri pertamanya, Allahyarham Siti Sarah yang genap dua tahun meninggalkannya disebabkan wabak Covid-19. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Genap dua tahun pemergian isteri Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib meluahkan rasa rindu terhadap wanita itu dan berharap agar mereka dipertemukan di syurga suatu hari nanti.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 39, berkongsi sebuah potongan video momen-momen indah bersama Sarah sewaktu mereka berada di tanah suci Mekah.

“Bismillah. Hari ini 9 Ogos 2023, genap dua tahun pemergian Siti Sarah binti Raissuddin. Insya-Allah berapa lama pun lagi, rindu dan saya ini akan sentiasa mekar di hati.

“Insya-Allah kita sekeluarga akan berjumpa di syurga nanti. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.

Dalam video dikongsikan itu juga, Shuib turut menyertakan lagu dendangan Sarah berjudul Kesetiaan sebagai latar muzik sehingga menimbulkan rasa hiba buat pengikutnya.

Meninjau dalam ruangan komen, ramai peminat turut berkongsi rasa sedih dan mendoakan agar roh Alahyarham Sarah sentiasa dilindungi dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Teringat dua tahun lalu. Kami para wanita ini seharian tidak boleh buat kerja. Sepanjang hari menangis sedangkan bukan kenalan rapat pun. Terasa sedih sangat. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” ujar seorang netizen.

“Tarikh yang buatkan kami ibu-ibu di Malaysia menangis sepanjang hari. Al-Fatihah Siti Sarah,” kata seorang netizen.

“Sesungguhnya Allah SWT sudah menjanjikan lelaki atau suami yang baik, untuk isteri yang baik di dunia dan akhirat,” kata seorang lagi peminatnya.

Pada 9 Ogos 2021, seluruh negara gempar atas berita pemergian penyanyi Siti Sarah akibat wabak Covid-19.

Lebih menyayat hati, penyanyi itu meninggal dunia selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 6.

Selepas dua tahun bergelar duda, Shuib bertemu jodoh buat kali kedua apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, pada 23 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI