fbpx

Kerajaan Perpaduan tidak pernah pinggir Islam, Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama sebahagian Sahabat AIM pada Karnival Sahabat AIM Wilayah Timur di Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tuduhan kononnya kerajaan Perpaduan pimpinannya membelakangkan Islam dan Melayu.

Beliau berkata, dakwaan itu merupakan gerakan fitnah bagi menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

“Kerajaan Perpaduan yang saya pimpin tidak izinkan orang curi duit, tidak izinkan hukum orang sewenang-wenang, masih tetap islam, jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.

“Jadi tidak adil fitnah kita tinggalkan Islam dan agama dan kelompok tertentu saja jaga Islam dan agama,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Timur.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan Perpaduan meletak harapan tinggi terhadap Sahabat AIM untuk menjaga integriti agensi berkenaan.

Jelas beliau, AIM sangat penting bagi menjaya usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup rakyat dan menoktahkan kemiskinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI