fbpx

Isu REE masih disiasat, ada keterangan baharu – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (dua kiri) melakukan gimik tamat latihan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bilangan 2/2022 di Menara Penguatkuasa DBKL, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat keterangan baharu berhubung isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang masih dalam siasatan pihak tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan baharu itu akan dilihat dan diteliti oleh pegawai SPRM.

“Kalau bertanya tentang REE di Kedah ni, ia masih tindakan siasatan. Saya ingin maklumkan terdapat keterangan baharu untuk pegawai penyiasat saya melihat perkara itu dan menyiasatnya.

“Sebab itu apabila soalan timbul (iaitu) bila nak panggil Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), ia masih lagi ditangguhkan kerana kita perlu lihat kepada keterangan baharu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022 (Penguasa P41) di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa sektor perlombongan berjumlah lebih RM13 juta.

Dalam masa sama, 12 saksi juga telah diambil keterangan oleh SPRM bagi siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI